Armani Mahiruddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Hajah Armani Mahiruddin ialah ahli politik wanita Malaysia. Beliau merupakan wanita pertama yang dilantik ke jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara (2009-2011) dan mantan Ahli Dewan Negara (Senator) selama dua penggal (2005-2008 dan 2008-2011).

Datuk Hajah

Armani Mahiruddin
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara
Dalam jawatan
8 Julai 2009 – 20 Disember 2011
Yang di-Pertua Dewan NegaraWong Foon Meng (2009-2010)
Abu Zahar Ujang (2010-2011)
Didahului olehWong Foon Meng
Digantikan olehDoris Sophia Brodi
Ahli Dewan Negara
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
22 Disember 2008 – 21 Disember 2011
Dalam jawatan
20 Disember 2005 – 19 Disember 2008
Butiran peribadi
Lahir19 Mei 1957 (67 tahun)
Parti politik Parti Warisan (2018-kini)
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (-2018)
HubunganJuhar Mahiruddin (Abang)


Armani adalah bekas guru, juga adalah mantan Exco Wanita UMNO, Ketua Wanita UMNO Bahagian Libaran dan Pengarah Syarikat Lanjut Abadi Sdn Bhd.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]